Monday, November 1, 2010

7.9 Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar


ANTANOM

NAMA : ONTOROS A/L ANTANOM
JAWATAN : KETUA KAUM MURUT DI RUNDUM
TARIKH LAHIR : 1875
TAHUN MULA MEMIMPIN : 30 TAHUN 

FAKTOR PENENTANGAN

  • MELARANG MEMBUKA TANAH BARU 
SBUB melarang mereka membuka tanah baru mengakibatkan mereka merasakan hak mereka terceroboh dan mengalami kekurangan beras . 

  • MENGENAKAN CUKAI YANG MEMBEBANKAN 
SBUB mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti :
  1. Cukai kepala 1 dolar setiap orang
  2. Cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
  3. Cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen
  4. Cukai tangkapan ikan besar
  5. Cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor
  • MENJADI BURUH PAKSA
Orang Murut dijadikan buruh paksa dengan tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum . 
  • MENZALIMI KELUARGA
Suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai . 
Jika mereka mempunyai dua anak , salah seorang akan diambil untuk dijadikan buruh paksa . 

  • MENCEROBOH KAWASAN HUTAN 
SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan . 
Kaum Murut membantah kerana mereka percaya pencerobohan akan menggangu roh nenek moyang mereka

PERISTIWA PENENTANGAN

  • Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB demi menebus maruah mereka
  • Feb 1915 - Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan . 
  • Mac 1915 - Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB . 
  • Kejayaan itu menaikkan lagi semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom bertambah menjadi 900 orang .
  • Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 rumah bawah tanah . 
  • Apr 1915 - SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom
  • Pertempuran berlaku selama 6 minggu 
  • Antanom dan 400 pengikutnya terkorban dalam mempertahankan Rundum
  • Penentangan ini dikenali sebagai 'Kebangkitan Rundum'.
KESAN PENENTANGAN
- SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom.
-8 orang kanan Antanom dihantar ke Kudat
-Pengikut-pengikut lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau
-SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya.
-orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB

    7.8 Mat Salleh Menyanggung SBUB ( Syarikat Borneo Utara British )

     BIODATA MAT SALLEH 

    Nama : Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu
    Tempat lahir : Inanam 
    Jawatan : Pemerintah Sungai Sugut
    Keturunan : Bajau dan Suluk 
    Sifat :  kepahlawanan dan keberanian berperang

    FAKTOR PENENTANGAN MAT SALLEH
    • PERJUANGAN JIHAD
    Kebangkitan Mat Salleh berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di selatan Filipin .

    • PERATURAN YANG MEMBEBANKAN
    Mat Salleh menentang pentadbiran SBUB kerana SBUB memperkenalkan peraturan baru seperti amalan buruh paksa  , cukai beras dan lesen perahu yang amat membebankan rakyat.
    • PERCUBAAN BERUNDING GAGAL
     Pada bulan Ogos 1895 , Mat Salleh dan beberapa orang pembesar tempatan telah pergi ke Sandakan untuk menemui Gabenor Beaufort iaitu C.V Creagh . Beliau ingin berunding tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan . Mat Salleh tidak dilayan dan setelah menunggu selama sepuluh hari , beliau meninggalkan Sandakan . 

    • PERKAMPUNGAN DIBAKAR 
     Gabenor Beaufort menggangap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB . Oleh itu , SBUB bertindak dengan membakar dan memusnahkan kampungnya . SBUB menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya .

    KRONOLOGI PERISTIWA

    Julai 1897 - Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya

    Nov 1897 - Mat Salleh menyerang Ambong 

    William Cowie , Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh . Oleh itu , beliau menawarkan pendamaian dan pengampunan kepada Mat Salleh
    April 1898 - rundingan antara Mat Salleh dengan Cowie di Menggatal dan Mat Salleh dibenarkan    
                      mentadbir daerah Tambunan

    PERJANJIAN APRIL 1898

    Antara syarat perjanjian ialah :
    • Mat Salleh dan pengikutnya diberi pengampunan .
    • Penduduk Inanam yang telah melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan kembali semula .
    • Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan .
    • Mat Salleh diminta melaporkan pergerakannya kepada SBUB.
    1899 - SBUB tidak menepati janji dan telah mengambil alih pentadbiran Tambunan . 

    Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan semula penentangan dengan membina kubu di Teboh ,    
    Tambunan .

    Pihak SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran .

    Jan 1900 - SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh . Dalam petempuran itu , Mat Salleh telah  
                    terkorban .

    Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh pengikutnya iaitu Mat Stor dan Kamunta . 

    Julai 1902 - British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh .

     BIODATA MAT SALLEH 

    Nama : Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu
    Tempat lahir : Inanam 
    Jawatan : Pemerintah Sungai Sugut
    Keturunan : Bajau dan Suluk 
    Sifat :  kepahlawanan dan keberanian berperang

    FAKTOR PENENTANGAN MAT SALLEH
    • PERJUANGAN JIHAD
    Kebangkitan Mat Salleh berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di selatan Filipin .

    • PERATURAN YANG MEMBEBANKAN
    Mat Salleh menentang pentadbiran SBUB kerana SBUB memperkenalkan peraturan baru seperti amalan buruh paksa  , cukai beras dan lesen perahu yang amat membebankan rakyat.
    • PERCUBAAN BERUNDING GAGAL
     Pada bulan Ogos 1895 , Mat Salleh dan beberapa orang pembesar tempatan telah pergi ke Sandakan untuk menemui Gabenor Beaufort iaitu C.V Creagh . Beliau ingin berunding tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan . Mat Salleh tidak dilayan dan setelah menunggu selama sepuluh hari , beliau meninggalkan Sandakan . 

    • PERKAMPUNGAN DIBAKAR 
     Gabenor Beaufort menggangap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB . Oleh itu , SBUB bertindak dengan membakar dan memusnahkan kampungnya . SBUB menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya .

    KRONOLOGI PERISTIWA

    Julai 1897 - Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya

    Nov 1897 - Mat Salleh menyerang Ambong 

    William Cowie , Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh . Oleh itu , beliau menawarkan pendamaian dan pengampunan kepada Mat Salleh
    April 1898 - rundingan antara Mat Salleh dengan Cowie di Menggatal dan Mat Salleh dibenarkan    
                      mentadbir daerah Tambunan

    PERJANJIAN APRIL 1898

    Antara syarat perjanjian ialah :
    • Mat Salleh dan pengikutnya diberi pengampunan .
    • Penduduk Inanam yang telah melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan kembali semula .
    • Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan .
    • Mat Salleh diminta melaporkan pergerakannya kepada SBUB.
    1899 - SBUB tidak menepati janji dan telah mengambil alih pentadbiran Tambunan . 

    Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan semula penentangan dengan membina kubu di Teboh ,    
    Tambunan .

    Pihak SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran .

    Jan 1900 - SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh . Dalam petempuran itu , Mat Salleh telah  
                    terkorban .

    Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh pengikutnya iaitu Mat Stor dan Kamunta . 

    Julai 1902 - British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh .

    7.7 Dato' Bahaman Pahlawan Pahang


    Dato' Bahaman Pahlawan Pahang:
    • Beliau dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Anugerah itu diberikan kerana kegagahan dan keberanian yang ditunjukkan oleh beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor.
    • Beliau dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara. Sejak awal lagi Dato' Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang.

    FAKTOR PENENTANGAN DATO' BAHAMAN
    1. HILANG HAK MENGUTIP CUKAI
    Dato' Bahaman menentang tindakan British melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh. Berikutan itu, beliau dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya.

         2. PEMBINAAN BALAI POLIS 


    Konflik antara Dato' Bahaman dengan British menjadi lebih serius apabila E.A. Wise mendirikan balai polis di Lubuk Tertua tanpa berunding terlebih dahulu Dato' Bahaman menganggap tindakan British itu sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya.

         3. PERLUCUTAN GELARAN

    Keengganan Dato' Bahaman mematuhi arahan menyebabkan Hugh Clifford menganggapnya sebagai penderhaka. British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Tindakan British itu telah memalukannya dan beliau bersumpah akan menghalau British keluar dari Pahang.

    PADA 16 DISEMBER 1891, British menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Tindakan British itu menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua. Peristiwa ini mencetuskan perang.
    PADA 26 DESEMBER 1891, Hugh Clifford mengetuai pasukan yang terdiri daripada 200 anggota tentera untuk menawan semula Lebuk Terua tetapi beliau tewas dalam pertempuran di Kelubi. Clifford berundur dan meminta bantuan dari Singapura.

    PADA JANUARI 1892, British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang.  Pasukan Tentera yang dinamakan Gerakan Sultan ditubuhkan. Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini. 'Gerakan Sultan' telah menawan 11 buah kubu  Dato' Bahaman di Bentong.

    PADA MAC 1892, Dato' Bahaman menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato' Bahaman menjadi lebih hebat kerana mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau.

    PADA 8 MEI 1892, British sekali lagi menyerang Lubuk Terua. Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di terengganu, Ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British.

    PADA 14 JUN 1894, Dato' Bahaman dan 100 orang pengikutnya telah menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai. Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Peristiwa itu telah menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.

    KESIMPULAN: Walaupun Perjuangan Dato' Bahaman dan pengikutnya gagal, mereka telah memperlihatkan keberanian menentang British. Semangat patriotisme yang ada pada jiwa mereka telah berjaya menggugat kedudukan British di Pahang. Kebangkitan selama empat tahun (1891-1894) telah menyebabkan British menaggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad juga dipaksa membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

    7.6 Yamtuan Antah mempertahankan kedaulatan Seri Menanti


    YAMTUAN ANTAH

    Nama : Tunku Laksamana Antah ibni Almarhum Raja Jadin
    Jawatan : Yamtuan Seri Menanti
    Wilayah jajahan : Terachi , Ulu Muar , Gunung Pasir dan Jempol

    FAKTOR PENENTANGAN

    • Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong yang menandatangani perjanjian dengan British
    • Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong
    • Hubungan antara Yamtuan Antah dan Dato' Kelana bertambah runcing apabila Dato' Kelana mengisytiharkan wilayah Terachi sebagai haknya . 
    • Pengisytiharan itu dibantah Yamtuan Antah kerana menggangap Terachi sebagai sebahagian daripada jajahan Seri Menanti . 
    • Residen British di Sungai Ujong ( P.J Murray ) menghantar tentera dan juruukur untuk membuat siasatan
    • Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah 
    • Berlaku pertikaian antara kedua-duanya dan tercetusnya pertempuran
    Kebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh :
    • Dato' Siamang Gagap
    • Tengku Besar Tampin
    • penduduk Rembau , Jelebu dan Johol
    Disember 1875 - Pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi apabila dibantu oleh tentera NNS
                              ( Negeri-Negeri Selat ) 
    • British berjaya menawan semula Paroi setelah mendapat bantuan tentera NNS . 
    • Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johol . 
    KESAN PENENTANGAN

    • Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British , namun begitu , ianya tidak dipersetujui oleh Dato' Siamang Gagap .
    • Yamtuan Antah berunding dengan gabenor NNS iaitu William Jervois
    • Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti
    • British berpeluang meluaskan pengaruh di Negeri Sembilan

    7.4 Sharif Masahor Wira Sarawak




     SHARIF MASAHOR:
    • PEMBESAR SARIKEI DI KAWASAN SUNGAI RAJANG 
    • BELIAU DILANTIK OLEH SULTAN ABDUL MU'MEIN BRUNEI
    • BELIAU SANGAT BERPENGARUH DI KALANGAN ORANG MELANAU DI SUNGAI RAJANG DAN ORANG IBAN DI SUNGAI SKRANG. 
     KEWIBAWAAN SHARIF MASAHOR TERGUGAT APABILA SARIKEI DILETAKKAN DI BAWAH PENTADBIRAN BROOKE.PERISTIWA BERLAKU APABILA JAMES BROOKE MENGAMBIL WILAYAH SUNGAI RAJANG DARIPAD SULTAN BRUNEI.PEMBINAAN KUBU DI KANOWIT DAN PELANTIKAN HENRY STEEL SEBAGAI WAKIL BRITISH DIANGGAP MENGAMBIL ALIH KUASA  PENTADBIRAN SHARIF MASAHOR.

    PADA TAHUN 1855, SHARIF MASAHOR MENGETUAI 150 BUAH PERAHU MENETANG MUKAH DAN MENGUSIR PANGERAN MATUSIN YANG MENYOKONG PERLUASAN KUASA JAMES BROOKE.JAMES BROOKE BERTINDAK BALAS MELUCUTKAN KUASA SHARIF MASAHOR DI SARIKEI.


    TINDAKAN JAMES BROOKE ITU TELAH MENYEBABKAN KEMARAHAN SHARIF MASAHOR .BELIAU BERPAKAT DENGAN DATU PATINGGI ABDUL GHAPUR UNTUK MENGUSIR KELUAR JAMES BROOKE DARI SARAWAK.PADA TAHUN 1859.PASUKAN SHARIF MASAHOR TELAH MENYERANG KANOWIT.PERISTIWA INI MEMBINMBANGKAN ORANG EROPAH SARAWAK.


    PADA TAHUN1860.SHARIF MASAHOR ,DATU PATINGGI ABDUL GHAPUR DAN TEMENGGUNG HASHIM DARI SADONG TELAH MEMBUAT PAKATAN SULIT UNTUK MENYERANG KUCHING BAGI MENGGULINGKAN BROOKE.PAKATAN ITU TELAH DIKETAHUI OLEH CHARLES BROOKE.PASUKAN CHARLES BROOKE DENGAN BANTUAN BELANDA TELAH MENAHAN DATU PATINGGI ABDUL GHAPUR.BELIAU KEMUDIANNYA DIPENJARAKAN DI BETAWI.




    PERTEMPURAN ANTARA SHARIF MASAHOR DENGAN CHARLES BROOKE TELAH BERLAKU DI SUNGAI SADONG.KAPAL DAN PERAHU PASUKAN SHARIF MASAHOR TELAH DITENGGELAMKAN DAN SERAMAI 64 ORANG TERBUNUH,SHARIF MASAHOR BERUNDUR KE MUKAH.



    PADA TAHUN 1861,JAMES BROOKE MEMAKSA SULTAN BRUNEI MENYERAHKAN MUKAH DAN MENAHAN SHARIF MASAHOR.SHARIF MASAHOR KEMUDIANNYA DIBUANG NEGERI KE SINGAPURA.


    WALAUPUN PERJUANGAN SHARIF MASAHOR BERJAYA DIPATAHKAN NAMUN GERAKAN MENENTANG KERAJAAN BROOKE TIDAK PERNAH BERAKHIR.PENTADBIRAN BROOKE KEMUDIANNYA MENGHADAPI KEBANGKITAN DARIPADA PEMIMPIN BANTING PADA TAHUN1894 DAN PENGHULU ASUN PADA TAHUN 1931.

    INFO ARKIB
    BANTING IALAH PEMIMPIN ORANG IBAN DI HULU SUNGAI BATANG LUPAR,SEMENTARA PENGHULUN ASUN PULA MERUPAKAN PEMIMPIN ORANG IBAN DI SUNGAI KANOWIT.MEREKA MENENTANG PERLUASAN KUASA BROOKE DI WILAYAH MEREKA.

    7.3 Pentap Wira Sarawak: Agi Idup, Agi Ngebalan

    "Agi Idup, Agi Ngebalan" itulah slogan masyarakat Iban dalam mempertahankan maruah mereka. Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang kuasa penjajah British di Sarawak. Rentap dilahirkan pada tahun 1800. Nama asalnya ialah Libau yang bermaksud "pegoncang dunia". Rentap juga digelar Raja Darat. Rentap merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas. Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun. James Brooke juga mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban. Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang telah mencetuskan kebangkitan Rentap. Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang. Pasukan Rentap mencapai kejayaan dan seorang pegawai Brooke iaitu Allan Lee terbunuh. Kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban. Pada tahun 1854, James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkambungan Rentap. Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu. Perjuangan Rentap di Bukit Sadok. Charles Brooke telah berjaya mempengaruhi kira-kira 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.Walau bagaimanapun, Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahannya yang kukuh. Pada tahun berikutnya, Charles Brooke sekali lagi memimpin pasukannya menyerang Bukit Sadok. Namun demikian, beliau masih gagal menewaskan Rentap. Dengan penuh bersemangat Rentap berkata, "Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah". Pada tahun 1863, James Brooke mengetuai sendiri pasukannya untuk menyerang Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran sengit berlaku selama sebulan dan Rentap telah dapat ditewaskan. James Brooke telah membakar kubu serta rumah pengikut Rentap. Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru. Walau bagaimanapun, sebelum sempat meneruskan perjuangan, beliau telah meninggal dunia. Kebangkitan Rentap dan pengikutnya menentang pemerintahan Brooke membuktikan mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa. Semangat juang Rentap telah diabadikan di Batu Peringatan Rentap. p, pre {margin: 0;} input.blogger-ie-hack {position: absolute; left: -9999px;}hr.more {border-width:1px 0 0 0; border-style:dashed; border-color: #666; height: 8px; background:#ddd}table.tr-caption-container {padding: 6px; margin-bottom: .5em} td.tr-caption {font-size: 80%; padding-top: 4px} img {cursor: move}"Agi Idup, Agi Ngebalan" itulah slogan masyarakat Iban dalam mempertahankan maruah mereka. Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang kuasa penjajah British di Sarawak. Rentap dilahirkan pada tahun 1800. Nama asalnya ialah Libau yang bermaksud "pegoncang dunia". Rentap juga digelar Raja Darat. Rentap merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas. Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun. James Brooke juga mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban. Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang telah mencetuskan kebangkitan Rentap. Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang. Pasukan Rentap mencapai kejayaan dan seorang pegawai Brooke iaitu Allan Lee terbunuh. Kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban. Pada tahun 1854, James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkambungan Rentap. Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu. Perjuangan Rentap di Bukit Sadok. Charles Brooke telah berjaya mempengaruhi kira-kira 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.Walau bagaimanapun, Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahannya yang kukuh. Pada tahun berikutnya, Charles Brooke sekali lagi memimpin pasukannya menyerang Bukit Sadok. Namun demikian, beliau masih gagal menewaskan Rentap. Dengan penuh bersemangat Rentap berkata, "Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah". Pada tahun 1863, James Brooke mengetuai sendiri pasukannya untuk menyerang Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran sengit berlaku selama sebulan dan Rentap telah dapat ditewaskan. James Brooke telah membakar kubu serta rumah pengikut Rentap. Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru. Walau bagaimanapun, sebelum sempat meneruskan perjuangan, beliau telah meninggal dunia. Kebangkitan Rentap dan pengikutnya menentang pemerintahan Brooke membuktikan mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa. Semangat juang Rentap telah diabadikan di Batu Peringatan Rentap. "Agi Idup, Agi Ngebalan" itulah slogan masyarakat Iban dalam mempertahankan
    maruah mereka. Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang kuasa penjajah British
    di Sarawak. Rentap dilahirkan pada tahun 1800. Nama asalnya ialah Libau yang
    bermaksud "pegoncang dunia". Rentap juga digelar Raja Darat. Rentap merupakan
    pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas.

    Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban
    sebagai lanun. James Brooke juga mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi
    pergerakan orang Iban. Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban
    di Sungai Skrang telah mencetuskan kebangkitan Rentap.

    Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang. Pasukan
    Rentap mencapai kejayaan dan seorang pegawai Brooke iaitu Allan Lee terbunuh.
    Kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban.

    Pada tahun 1854, James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar
    perkambungan Rentap. Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu.
    Perjuangan Rentap di Bukit Sadok. Charles Brooke telah berjaya mempengaruhi
    kira-kira 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di
    Bukit Sadok.Walau bagaimanapun, Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana
    kubu pertahannya yang kukuh.

    Pada tahun berikutnya, Charles Brooke sekali lagi memimpin pasukannya
    menyerang Bukit Sadok. Namun demikian, beliau masih gagal menewaskan Rentap.
    Dengan penuh bersemangat Rentap berkata, "Bawalah semua meriam kamu dari Eropah,
    kami tidak takut kepada kamu orang Eropah".

    Pada tahun 1863, James Brooke mengetuai sendiri pasukannya untuk menyerang
    Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran sengit berlaku selama sebulan dan Rentap
    telah dapat ditewaskan. James Brooke telah membakar kubu serta rumah pengikut
    Rentap. Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru. Walau
    bagaimanapun, sebelum sempat meneruskan perjuangan, beliau telah meninggal
    dunia.

    Kebangkitan Rentap dan pengikutnya menentang pemerintahan Brooke membuktikan
    mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa. Semangat juang Rentap telah
    diabadikan di Batu Peringatan Rentap.

    7.2 Dol Said Pahlawan Naning

    Naning
    Kawasan : terletak antara Rembau dengan Melaka
    Penghulu : Dato' Naning Abdul Said ( Dol Said )
    Pusat pentadbiran : Taboh
    Hasil Keluaran : padi , buah-buahan , sirih dan bijih timah

    Pada tahun 1831 , Dol Said telah bangkit menentang British . Tahukah anda mengapa Dol Said menentang 
    British?

    FAKTOR PENENTANGAN DOL SAID DI NANING

    Mempertahankan kemerdekaan Naning

    Pada tahun 1824 , British dan Belanda telah menandatangani perjanjian Inggeris-Belanda . Menurut perjanjian ini , Melaka di serahkan kepada British . British mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada Melaka dan ini menyebabkan British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan di Melaka . Dakwaan ini tidak dapat diterima Dol Said dan rakyat Naning .

    Menentang bayaran cukai

    Melalui undang-undang 1830 , British memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil pertanian setelah British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan .

    Menentang perlaksanaan Undang-undang British

    British juga memperkenalkan peraturan penghulu yang menggugat kuasa Dol Said . Peraturan ini melarang penghulu ( Dol Said ) untuk membicarakan kes jenayah . Pada tahun 1828 , Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning . Beliau juga diugut akan dilucutkan jawatan jika tidak mematuhi arahan British .



    PERISTIWA PERANG 1831

    British mengishtiharkan Dol Said sebagai penderhaka . British menghantar 150 orang sepoi yang diketuai oleh Kapten Wyllie untuk menyerangnya tetapi angkatan British berjaya ditewaskan .

    Faktor kemenangan Dol Said :

    • Penggunaan taktik gerila
    • Bantuan daripada Seri Menanti , Sungai Ujong , Johol dan Muar 
    • Pertolongan daripada pasukan bantuan yang diketuai oleh menantu Yamtuan Raja Muda Ali dari Rembau iaitu Syed Sha'aban.
    British sedar bahawa Naning tidak mudah dikalahkan . Oleh itu , British 'berunding' dengan Yamtuan Raja Muda Ali dan beliau bersetuju membantu British dengan menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning .

    PERISTIWA PERANG 1832



    Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning . Pakatan British dengan Rembau telah berjaya mengalahkan Naning . 
    Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British.

    Kesan perang :
    • Taboh telah ditawan
    • Rumah penduduk Naning telah dibakar
    • Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka
    • Daerah Naning dan Melaka disatukan 
    • British mengalami kerugian sebanyak 100 000 paun sterling walaupun berjaya mengalahkan Naning.

    Naning
    Kawasan : terletak antara Rembau dengan Melaka
    Penghulu : Dato' Naning Abdul Said ( Dol Said )
    Pusat pentadbiran : Taboh
    Hasil Keluaran : padi , buah-buahan , sirih dan bijih timah

    Pada tahun 1831 , Dol Said telah bangkit menentang British . Tahukah anda mengapa Dol Said menentang 
    British?

    FAKTOR PENENTANGAN DOL SAID DI NANING

    Mempertahankan kemerdekaan Naning

    Pada tahun 1824 , British dan Belanda telah menandatangani perjanjian Inggeris-Belanda . Menurut perjanjian ini , Melaka di serahkan kepada British . British mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada Melaka dan ini menyebabkan British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan di Melaka . Dakwaan ini tidak dapat diterima Dol Said dan rakyat Naning .

    Menentang bayaran cukai

    Melalui undang-undang 1830 , British memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil pertanian setelah British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan .

    Menentang perlaksanaan Undang-undang British

    British juga memperkenalkan peraturan penghulu yang menggugat kuasa Dol Said . Peraturan ini melarang penghulu ( Dol Said ) untuk membicarakan kes jenayah . Pada tahun 1828 , Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning . Beliau juga diugut akan dilucutkan jawatan jika tidak mematuhi arahan British .



    PERISTIWA PERANG 1831

    British mengishtiharkan Dol Said sebagai penderhaka . British menghantar 150 orang sepoi yang diketuai oleh Kapten Wyllie untuk menyerangnya tetapi angkatan British berjaya ditewaskan .

    Faktor kemenangan Dol Said :

    • Penggunaan taktik gerila
    • Bantuan daripada Seri Menanti , Sungai Ujong , Johol dan Muar 
    • Pertolongan daripada pasukan bantuan yang diketuai oleh menantu Yamtuan Raja Muda Ali dari Rembau iaitu Syed Sha'aban.
    British sedar bahawa Naning tidak mudah dikalahkan . Oleh itu , British 'berunding' dengan Yamtuan Raja Muda Ali dan beliau bersetuju membantu British dengan menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning .

    PERISTIWA PERANG 1832



    Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning . Pakatan British dengan Rembau telah berjaya mengalahkan Naning . 
    Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British.

    Kesan perang :
    • Taboh telah ditawan
    • Rumah penduduk Naning telah dibakar
    • Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka
    • Daerah Naning dan Melaka disatukan 
    • British mengalami kerugian sebanyak 100 000 paun sterling walaupun berjaya mengalahkan Naning.